Salam 1 Malaysia

SeLaMaT DaTaNg Ke BloG KaMi...
PeRgI KaJaNg jGn LupA
SinGgAh SATE KAJANG ZAMZURI

Thursday, January 21, 2010

Jom Jamu Selera!!

Hidangan masakan halal di Medan Sate Kajang Zamzuri yang terletak di Bandar Kajang, Selangor antara destinasi popular yang harus anda kunjungi.Sate Kajang Zamzuri ini dimiliki oleh sepasang suami isteri, En Zamzuri bin Noordin dan Pn. Hasnah binti Hassan. Terdapat l0 jenis sate boleh didapati disini dan masakan ala carte juga turut dijual. Ia dibuka setiap pukul 5 petang hingga pukul 2 pagi setiap hari.

Dengan persaingan sihat diantara pengusaha sate yang sedia ada, Sate Kajang Zamzuri telah berfikir secara kratif dalam menyediakan menu dan menyediakan tempat yang selesa kepada pelanggan mereka.

Menurut pengurus Pn Hasnah, pengunjung akan dihidangkan sate selepas baru dibakar di atas dapur yang masih panas berserta kuah kacang yang dibuat sendiri oleh beliau.Pelanggan juga boleh memesan masakan ala carte seperti nasi goreng,mi bandung muar dan sebagainya yang boleh didapati disini.